Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, apakah Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain
hari?
Jawab Rasulullah: Benar!.
1. Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
2. Menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
3.Menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
4. Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
5. Menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
6. Menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
7. Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
8. Diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
9. Kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
10. Akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa
Fadhilah berpuasa Assyuuraa 10 Muharram:
Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa'. Sebahagian lain berpendapat, dinamakanhari
Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat
ini. Bulan Rejab. Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan
melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.
1.Bulan Sya'baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan
Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
2.Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan
Allah terhadap semua makhluk.
3.Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
4.Hari Idul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)
5.Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada
4.Hari Idul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)
5.Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada
Allah.
6.Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.7.Hari Idul Adha iaitu hari berqurban.
8.Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
9.HariAssyuuraa' yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa


23.47
Cak Nizar

0 komentar:
Posting Komentar